Thursday, April 11, 2013

Hadiah yang Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuhh..dah berapa lama blog ni sepi tak berisi..hehe

Memang tipulah nak cakap sangat busy sampai tak boleh menulis langsung, tapi banyak lagi kerja2 lain yang menanti diri ini..hehe

Tapi, hari ni aku tekadkan jugak untuk menulis something just for that person.

Hmm..sebenarnye dah lambat, lambat sangat rasenye..
tapi disebabkan aku banyak sangat kerja pada tarikh tu..so..here we are!!!

Nah, Alang!!


SANAH HELWAH YA GAMILAH!!
Semoga dengan umur yang meningkat,
tinggi kau pon meningkat,
dan iman sentiasa bertambah!!

Untuk budak yang mase gotong-royong pon masih nak melawo :)

Sekarang umur dah 17 tahun,
jadi perangai tak boleh macam budak umur 7 tahun.

Cepat giler ko membesar, rasenye aku ingat lagi masa malam ibu lahirkan kau, aku, ayah n angah kena bermalam kat Kuala Pilah ( dalam kereta ke bu? )

Haish, dari kecik lagi, dah special case. haha

Lepas tu, kita bertiga membesar sama2, mandi dekat bilik air pak usu sama2, duk selam dalam tong biru buat tadah air tu, kena marah sama2, ketawa menangis sume same2..
Arghh..rindunye la zaman budak2 tuh..

Pastu, ingat tak bile angah masuk asrama, kita duk same2 mendengki ngan dy, cakap ibu ngn ayah lagi sayang dy, hailaaa..budak2 betul zaman tuh..
Mestilah ayah ibu sayang kita semua sama je, fair and square, kan?

Pastu, tahun ke tahun, semua dah besar, aku pon masuk asrama, angah pon kat asrama, ko pon pernah masuk asrama..haha..

Kalau antara kita bertiga, aku rase ko paling pandai..haha..betul.. nenek pon cakap, pernah sekali tu, dy compare markah PSRA kita bertiga,pastu dy cakap " Alang lah yang paling pandai, 96% tu!! 
Hmmphhh..sampai hati nenek cakap macam tu depan aku..hehe
Sebab tulah bila ibu cakap cubelah study macam aku, aku paham je ko, sebabnye that's ur style.. tpi tunjuklah sikit kerajinan ko depan ibu n ayah biar dyorang tak risau.. yelah SPM kot!!

tau tak kitorang semua risau giler pasal ko mase ko form 1 dulu, dah berapa banyak air mata mengalir fikirkan keadaan ko mase tu. Aku yang macho ni pon menangis tau bile dengar citer yang ayah marah kau sebab kau nak balik kat tepon.
Pastu bile lagi sekali ko jadi macam tu balik,( mase form 3 ke? ) , aku rase nak beli tiket je dari mesir ni ha nak syarah banyak2 kat kau.. alhamdulillah pastu ko ok..
Along tau ko kuat nak hadapi semua tu, tu semua ujian Allah je untuk ko.. Allah tak kan bagi ujian yang hambaNya tak mampu nak tanggung..ingat tuh!!

Okeyh, pastu nak cakap ape lagi ye..hmm..haa!!
wish untuk SPM tahun ni, ( nnti balik aku cube tolong ap yg termampu )

- study molek2 tau.. memanglah SPM bukan segalanya, tapi SPM ni one of the thing yang kita perlu untuk dapatkan segalanya..cewahh..( bukanlah segalanya pon..extravaganza je )

- Doa banyak2, minta pertolongan dari Allah, minta Allah berkat ilmu yang kita tuntut tu.. takut ilmu yang tak berkat yang menyebabkan kita ni tak dapat jawab exam lah, terlupa mase examlah..

- lagi satu, mintak Allah berkati mase kita, faham ke? ni most important tau..macam mane nak tau mase kita ni berkat? camni.. Allah bagi mase yang sama ngan semua kat semua orang kan? 24 jam sehari..tapi kalau dalam mase tu orang lain dah buat macam2 perkara berfaedah, tapi kita dok buat satu kerja tak abih2, ataupon mase kita penuh dengan buat maksiat..jadinye kuranglah berkat mase kita tu..

- pastu, kurangkan gaduh ngan abang, akak, amir.. aku tau ni susah..haha..tpi learn untuk sabar jelah.. dyorang tu kanak2, manelah tau doa2 dyorg nilah, yang masih takde tanggungan dosa ni yang makbul sebenarnye..who knows, kan? so, kalau kita buat ngan dyorg, mestilah dyorang cakap yang baik2 je pasal kita, tak gitu? kata2 tu kan satu doa :)

- last but not least.. ibu n ayah.. respect dyorg..aku tau memang dah respect pon, apa yang dyorang cakap, memang tulah yang betul..inshaAllah..ingat tak mase nak pergi mesir dulu, aku memang tak nak gler2 kan.. siap menangis lagi la..haish..tapi sebabkan ikut cakap ibu n ayah, aku pergi jugak..Alhamdulillah, i can see the hikmah now :) Jadi, dengar cakap dyorang, klu dyorg suruh buat ape, ikut je.. ni pon nasihat untuk aku jugak..klu ibu suruh bukak buku ke..bukak je walaupun sekejap..jaga hati dyorang, tu yang penting!!

- hmm..tertinggal, hubungan dengan Quran.. jangan lupa bukak surat cinta Allah ni setiap hari, kalau boleh setiap waktu solat..serious, kan Allah dah cakap, dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang.. jadi sentiasa zikrullah, hati pon tenang, nak belajar pon senang!!

- lagi satu, nak tengok cerita korea ke, melayu ke, tv ke, boleh..tapi kena ingat kita dalam fatrah exam.. jadi kena pandai2.. nafsu ni memang kita tak boleh halang or stop terus, tapi kita boleh kawal.. kan manusia ni sebaik2 umat, ade akal, tak gitu? sebabnya aku baru belajar ni, benda baik n benda buruk tak kan bergaul, jadi klau kita banyakkan benda buruk, akhirnya benda buruk jelah yg kita dapat :)

Eh, terbanyak pulak membebel..bukan bebel, nasihat..ye ke?
Heh..
Aku takde hadiah nak bagi untuk birthday ko ni, lagipon ko kat asrama, doa jelah yang aku mampu kirimkan.  Nanti inshaAllah, bile aku balik adelah kot ape2 untuk ko..hehe..tapi jgn berharap..




ni gambar ko gedik2 ngan faiz dulu,
padahal cousin je pon.

~p/s : takpelah gedik macam ni, jangan gedik betul2..
Aku rase aku tak pernah cakap ni, tapi nak cakap depan2 segan. hihi... Aku SAYANG kau!!
haha..okeyh..nk muntah tpi nk cakap jugak..okeyh..dah,tutup muka..bye Assalamualaikum :)

Saturday, July 14, 2012

Trip ke Hurghada

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah ala kulli hal, kitorang (dengan kawan2) baru sahaja pulang dari trip percutian yang memang seronok sangat2 di Hurghada, Mesir.

Sepanjang perjalanan, hati ni sentiasa mengingatkan agar tajdid niat, niat untuk menikmati dan menghayati pelbagai ciptaan Allah yang memang benar, sangat membuktikan kewujudan dan keagunganNya.

Daripada daratan, lautan, dan langit.. semuanya subhanAllah, tak cukup kata untuk menggambarkan keindahannya.

Laut Merah yang semua orang tahu sejarahnya, ternyata mempunyai keindahan yang tersendiri. Tona2 warna biru kehijauan yang berselang seli memang menarik mata sesiapa yang memandangnya. Rasa sayang nak mengalihkan pandangan walaupun sebentar. Bukan senang nak dapat bercuti macam ni. Berjam2 duduk bersendirian melihat keindahan laut di Hurghada ini, otak ligat berfikir macam mana sesetengah orang boleh menafikan keesaan Allah walaupun scenery sebegini terbentang di depan mata. Allah, dah mula rasa rindu dah ni, patutlah Allah menggalakkan hambanya mengembara, ini rupanya nikmat yang bakal dirasa. Disebabkan tidak pandai berenang, maka bila ber'snorkelling' memang bermasalah, jadi ber'glass boat' la jawabnya. Rasa sebak sangat. SubhanAllah, cantik sangat. Batu-batu karang yang menjadi tempat tinggal hidupan2 laut di bawah sana memang menakjubkan. Macam ada satu lagi dunia di dasar lautan, ikan2 yang pelbagai dan bergerak dalam kumpulan, lenggok-lenggok badan diorang ketika berenang, semuanya indah. Indah.Indah!!

Kemudian, kami bersafari di padang pasir. Ni satu lagi. Bikin orang rasa rindu je. Haihh..nak pergi lagi!! Walaupun panas, matahari tegak atas kepala memancarkan sinarannya, rasa panas lagi dalam badan sebab terlebih excited nak explore ways of life orang2 arab yang duduk di padang pasir ni. Perkampungan mereka memang jauh dari kehidupan di bandar. Memang kalau orang bandar datang, memang bukan choice diorang la untuk tinggal tempat macam ni. Yang menariknya, mereka suka duduk di sini, tinggal bersama family, hidup bersederhana, takda gangguan, hidup hanya untuk menghambakan diri pada Allah. Kalau betullah itu tujuan kita hidup, inshaAllah, kita tidak akan mengejar duniawi seperti mana masyarakat yang wujud sekarang. Hampir enam jam menghabiskan masa di padang pasir, mungkin cukup untuk menyelami perasaan orang2 arab di sini. Memang aman. Walaupun scenery yang ada cuma bukit bakau yang coklat, berbatu-batu dan padang2 pasir yang terbentang luas, semuanya ada hikmahnya, ada kelebihannya. Semua orang memanjat bukit untuk menunggu saat sunset di padang pesir. First time. Jatuh cinta, Jatuh cinta dengan keindahan fenomena ini. Tiba2 pandangan kabur diselaputi air mata kegembiraan dapat melihat keagungan Allah ini. Allah, Allahu Azim. Taknak turun bukit rasanya. Seboleh2nya setiap saat nak teliti satu persatu bukit2 yang ada di situ, entah bile lagilah kite boleh ketemu.

Dalam perjalanan pulang, ammu bas berhenti rehat di suatu tempat (tak tahu namanya), ikhwah pergi minum2 di kedai, kitorang yang akhawat jalan2  di luar, Angin kuat. Sejuk. Bile dongak memandang langit, Allah..Allah.. indah sungguh. Banyak sangat bintang. Takjub sungguh dengan kehebatan Allah. Hanya berbekalkan langit yang hitam, dan bintang yang berkerlipan sudah cukup untuk buat hati tertawan. Kat Cairo, tak pernah nampak bintang banyak macam ni. Memang cantik. Seriously. Sampai sakit leher mendongak, kalau ikutkan hati, nak baring je kat situ. SubhanAllah..

Hmm..lusa pulak nak berjaulah ke Bahnasa, moga banyak lagi manfaat yang diperoleh, inshaAllah..

~~ dunia dah sampai akhir zaman, kitorang yang mandi berlitup ni kelihatan asing berbanding mat n minah salleh yang seksi meksi tuh. Haish..

                                       

                                       
               





Monday, July 2, 2012

Surat untuk Abang

Bismillahirrahmanirrahim.

"Serious ke?", " Tak rindu ke?", exophthalmus mata semua orang bila dapat tahu aku, Ifa, dan Dayah tidak balik ke tanahair terchenta tahun ini.

"Hehe, rindu memey le rindu, tapi nak rase duduk oversea gitu.."( sambil sengih shy shy cat.)

Cakap pasal family, rasa nak tulis surat untuk Birthday Boy untuk hari ini.

Kehadapan Abang,(cewwahh)

             Along di sini sihat - sihat sahaja. Abang sihat? Harapnya tidaklah keding seperti sediakala.heh. Ketika jari jemari ini melompat di atas keyboard komputer riba ini, Along baru sahaja habis menghadapi musim imtihan di universiti. Harapnya Abang pun sedang berhempas pulas dalam  menuntut ilmu.

             Kalendar menunjukkan tarikh 3 Julai, yang membuatkan Along terhingin sangat menulis surat layang ini. 13 tahun. 13 tahun kita sama-sama bergelar adik beradik, Along mintak maaf atas semua kesalahan yang Along pernah buat. Marah, gaduh, herdik. Along tidak nafikan mungkin Along, Angah, Alang yang buat Abang jadi tension duduk kat rumah. Along mintak maaf sangat-sangat.Seriously.

             Tapi, Along tahu Abang ada bunga dalam hati tu. Along tahu Abang sayang kat kitorang. Along jugak tahu walaupun Abang dah cari gaduh dengan Akak dan Amir, Abang masih kisah pasal diorang. Memang semua lelaki macam tu ke? Dan Along sedar family kita bukan jenis yang pandai mengekspresskan our own feeling. Sayang kita tunjuk dengan marah, ambil beratnya kita tunjuk dengan geram. Hmm.. Along akui dari segi itu, kita memang salah.Kita kena memang kena belajar ways of communication among our family member.

            Abang, macam tulah jugak dengan Ayah. Abang mesti perasan kan Ayah tegas sikit dengan Abang. You know why? Abang tulah anak lelaki pertama dia. So, dia nak yang terbaik untuk Abang. Along tahu, Abang pun tahu dia sayang kita semua. Abang jangan la marah-marah. Abang dah tak keluar main bola sampai maghrib kan? Kitorang tak halang Abang nak main bola, tu lumrah alam, cuma janganlah sampai Maghrib,jangan ikut perangai kawan kawan yang tak baik tu.

          Abang, dah besar nanti, jaga ayah, ibu, akak-akak, adik-adik tau. Along, Angah, Alang sentiasa ada kat belakang, kitorang support abang. Ibu selalu pesan kat Along," Jangan gaduh dengan Abang, buat baik dengan dia, tunjuk contoh yang baik kat dia, lagi pon dia kan wali korang nanti" Along pegang pesan ibu tu baik-baik. Sekarang ni, tanggungjawab Abang belajar je, duniawi ukhrawi. Bak kata Angah, jadi imam kitorang. Along nantikan saat tu. Saat Abang laungkan Allahu Akbar dalam solat jemaah kita nanti. Along tunggu ye.


          Along bangga dengar abang jadi budak bagus kat sekolah.Teruskan ye! Ibu Ayah mesti bangga dengan Abang. Along, Angah, Alang memang takda abang, tapi kitorang cukup ada Abang. Kitorang tahu, yakin Abang boleh protect kitorang, Boleh kan? Kalau Abang nampak kitorang ni melampau, tegur-tegur lah.. InshaAllah, kitorang terima dengan hati yang terbuka. Kalau kitorang pakai tak tutup aurat ke, ade pakwe ke, terrjerit2 ke, buat benda benda yang tak kena dek syarak..Abang tegur ye..


            Abang, akhir kata, kitorang semua sayang Abang. Kitorang mengharapkan yang terbaik dari Abang. Along ucapkan Selamat Hari Jadi !! Selamat Hari Jadi!! Selamat Hari Jadi!! Takda hadiah yang dapat Along bagi cuma titipan doa setiap kali selepas solat moga abang jadi anak yang baik. Setakat itu, sahajalah warkah buat kali ni, Andai kata panjang umur, inshaAllah kita jumpa tahun depan, Tak sabaarnya nak balik. Mesti Abang dah tinggi nanti kan.


Assalamualaikum.


~~semua yang Along tulis ni, memang Along tak boleh nak cakap face to face dengan Abang, tapi inilah keluar sincere dari hati Along.



Ahlan wasahlan holidaysss!!

Waaa...Alhamdulillah!!
Helaan nafas lega terhembus juga akhirnya..
1 Julai, tarikh keramat yang dinanti oleh semua ahli keluarga Azhar Faculty Medicine for Girl..

Tapi, "ini baru permulaan", hati mengingatkan.
Usaha masih perlu diteruskan, doa, solat hajat, tawakkal alallah..
Ucap sayonara pada tahun dua, ahlan wasahlan tahun tiga. InshaAllah..

Tapi, kata kata yang bersemangat bak api yang membara tu sementara sahaja.. Tidak sampai 10 minit melangkah keluar dari pagar Al-Azhar, mulut ligat berbicara,

" Hmm..nak tengok cerita apa ye? hmm..King 2 Hearts dah habis, Love Rain kejap lagi nak habis, haish..dah takde cerita dah nak tengok..bosanlah nanti, takde cerita dah.. :( "

Hati tergelak kecil apabila teringat dua moment ni, cepat je manusia ni berubah hati kan?
Iman senang sangat naik, senang jugak turun..so jadi tugas kita untuk pastikan ia constant dan menaik tapi bukan menurun..
Tak salah nak tengok movie, yelah sebulan setengah dok berperang dengan buku tuh, sekali sekala apa salahnya..

Tapi..

Tapi..

Janganlah syok sangat sampai dengar azan pon tak gerak, solat jadi lambat..
Janganlah fokus sangat, sampai tengah malam tak tidor, terlepas tahajud, terlajak subuh..
Janganlah taksub sangat, sampai sebelum, semasa, selepas sembahyang, teringat je kat hero heroin cerita tu.. (boleh jadi ni, lagi2 kalau cerita korea tu)

Semua benda mesti berada dalam kesederhanaan, sebab nabi kan suka bersederhana.
Moga musim pasca-imtihan ni tidak menjadi tempoh yang menjauhkan kita dariNya,
bahkan menjadi tempoh untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri denganNya

~ InshaAllah, cuba untuk menyibukkan diri dengan blog ni, lagi lagi bile tak balik Malaysia ni..

Sunday, December 25, 2011

Assalamualaikum..
Waa..dah lama sangat blog ini kosong tanpa pengisian ilmu yang baru,
bukan tidak mahu menulis tapi kesempatan masa yang ada sejak kembali ke bumi anbiya' ini sangatlah terhad..

Bertimpa-timpa idea datang untuk diterjemahkan ke dalam blog ni,
tapi disebabkn tertangguh.. kebanyakannya telah lesap dari ingatan..


Suatu hari, semasa aku dan sahabatku, kembali dari menghadiri tuisyen Physiology,
mata aku tertarik untuk melihat sebatang ( tak pasti pnjodoh bilangan dy ap ) pokok mawar di salah sebuah rumah pak-pak arb di sini.

Pokok itu sangat tinggi, lain dari kebiasaan pokok mawar yang selalunye renek2 sahaja..
dan hanya sekuntum bunga mawar merah sahaja yang mekar kembang di pucuk yang tertinggi sekali..

Lalu, aku berkata pada sahabatku dalam nada bergurau,

" Kak, cube tengok pokok itu, Bila kita tengok dia, Kita terbayang diri kita sendiri, Tengoklah..tak de seekor pon kumbang sekeliling dia..macam tak best je hidup dia kak.."

Sahabatku membalas,

" Ya Allah.. Nab, kalau akak lah kan, akak nak jadi macam Nab, tahu tak betapa peritnya kalau kita dah ada orang yang kita suka? Susah tau nak menahan rasa tu, nak ikut apa yang Allah suruh..so, tolonglah bersyukur, sebab Allah masih selamatkan Nab daripada terjebak dalam soal hati ni.."

Hmm..ak tersenyum lalu terdiam..
Sepanjang jalan aku berfikir..

"Kenapa aku boleh fikir macam tu?"
" Mungkinkah sebab di Mesir ini, perihal kahwin sering diperkatakan?"
"Mungkinkah juga kerna ak dikelilingi orang2 yang dah berpunya?"
"Betul jugak, aku tak rasa pon hidup ak sunyi tanpa kehadiran seorang lelaki.."
"Cukuplah Allah sebagai peneman," " Dia lah tempat aku mengadu domba, Dialah jugak tempat aku memohon pertolongan"
"Dia lah tempat aku bersyukur, bercerita semua perkara best yang berlaku setiap hari.."
" Soal jodoh biarlah Allah yang tentukan, memang kita perlu berusaha tapi bahagian mencari tu, aku rasa bukan tanggungjawab aku.."

Sepanjang jalan, aku tersenyum memikirkan hal ini,,
Alhamdulillah ala kulli hal..
terima kasih ya Allah..kau teruskanlah lindunganMu terhadapku daripada sebarang maksiat yang kau murkai..

Seperti yang pernah aku beritahu kepada kawanku,

" Aku tak nak jumpa awal2, kalau dah jumpa nanti kena kahwin,
kan hubungan sebelum kahwin tak boleh lama2..
aku nak habis belajar dulu, kerja dulu, bawak family aku jalan2,
barulah aku kahwin,,inshaAllah.."

Lagipun, hubunganku dengan seorang insan yang bernama lelaki..
memang..heh
mungkin ad yang cakap aku kolot atau sombong..
yang penting aku masih (pada pandangan seorang manusia yang lemah)
menjaga batas2 dalam pergaulan yang ditetapkan oleh syara'..
inshaAllah..

Lagipon, aku percaya bahawa:..

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Jadi, untuk dapatkan yang trebaik, jadilah yang terbaik!!

p/s : Ibu jangan risaulah, inshaAllah.. Along masih fokus dalam studi ni..

Monday, October 3, 2011

TAK PAYAH AR MALU2...

lumrah alam, dalam sesebuah komuniti atau masyarakat,
bukn semua orang baik,
bukan semua orang ad thp ilmu yg sama,
bukan semua orang ad mtlamat yg sama..

pernah x rasa malu untuk memulakan sesuatu kebaikn?
takut nmpk terlalu baik??
bunyinye pelik, tpi wujud orang camni..

contohnye..

ish, labuh ke tudung ni? x nmpk alim kn?

ala, xd sape buat solat dhuha pon, ak buat nnti, nmpk baik sgt pulak..

hmm..cmne nak ajak dyorg solat jemaah ni? dyorg nk ikot ke?

banyakkn istighfar klu pernah terlintas dalm hati kita perkara2 mcm ni..

ak pernah hadiri satu kuliah agama ni,
ustaz tu ckap..

" sesiapa yang malu untuk berbuat baik, maka itu dipanggil riak"
lebih kuranglah ayatnye..

knape pulak?
sbbnye, ap sgtlah kebaikan yg kite malu nk buat tu klu nk dibndingkan dengan junjungn besar kite, Nabi Muhammad..
bagus sangat ke?
hebat?
percayalah, amal ibadat yg kite buat skrg ni..
jauh bezanye dgn ulama'terdahulu..

so, kepada semua, x pyhlah kite malu2 nk buat amal kbaikn
x pyh malu untuk nmpk lebih baik..
bukn je kite dpt pahala lebih, malah dengn izin Allah,
kite jugak dpt ajk orang skeliling buat baik...
bertambah2 pahala...

inshaAllah...

p/s: jom sama2 buat baik...



Sunday, October 2, 2011

SEDAP MULUT DIE JE...

Ehemm...dh lame x melontarkn idea kt cni..bnyk sgt hal nye..
klu ad mase lapang pon, dh x larat dh nk menaip..ceh.

Sejak ak balik ke kmpung halaman ni..bnyk sgt perkara2 yg x menyedapkn hati menerpa ke telinga ak..

" eh, balik lagi? kenape? kn baru balik?"
" amboi, banyak duit ye balik...xpe mak orang kaye"
" berapa tambang balik...besla nek turun kapal terbang "

kadang2 rase geram sangat2...naseb bek la umur jauh lagi tua, klu x..haish.
astaghfirullahalazim...
tpi memg la..geram betul..
cakap tu sesedap rase je..
x fikir langsung perasaan orang..
kecik hati ke, marah ke...
dyorang ni fikir anak2 x rase bersalah ke menghabiskn duit mak bapak dyorg..
dyorang ingat semua anak2 boros, suke belanje je kejenye..

orang balik..buknnye nk tnye khabar ke? cmne belajar..
sabar jelah...
alamak..blog ni dh jadi tmpt melampiaskn amarah pulak..
back to original reason tulis entry ni..

mase ak tgh bengang ni,
ak terbaca status kawan ak sorang ni kt fb..

Jika anda mendapat kejadian buruk ucapkan : "Semoga ini baik, insya Allah.” Semoga ALLAH SWT memberi kebaikan pada kehidupan Anda. Amiin :)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetauhi”. (QS Al-Baqarah : 216)

pastu ade bace blog ni..ape yg ak fhmla kn..

kecilkan hati orang tu memngla dh sah2 berdosa..
berkecil hati dengan orang pon tetap dikira berdosa..

haa...why why??
sbbnye orang yg mensmallkn hati kite tu adalh dugaan dari Allah...
knape Allah duga kite?
sbgi tnde dy sayang kite, biar kite naikkn balik level iman yg sntiasa turun naik tu..
klulh kite b'kecil hati ngn orang tu, sbnrnye,
kite berkecil hati dgn Allah..

layak ke kite ni, hamba yg hina nak ad rase kecil hati dgn Allah..
sudah pasti tidak, kn..
so, kite kena sentiasa redha dgn ape yg b'laku di sekeliling kite,
manelh tau, sbnrnye semue kate2 sindiran tu boleh mnjadi satu dorongn untuk kite berjaya kelak..

tu lah yg ak nk share, haish..rasenye hati ni layak direnyuk2 je dek sbb prnh b'kecil hati hati ngn Allah..
sape2 yg prnah buat mcm ape yg ak buat ni, jom bertaubat..
sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat..

p/s : bersyukur sgt dpt kawan2 yg sntiasa mengingatkn satu same len...