Sunday, December 25, 2011

Assalamualaikum..
Waa..dah lama sangat blog ini kosong tanpa pengisian ilmu yang baru,
bukan tidak mahu menulis tapi kesempatan masa yang ada sejak kembali ke bumi anbiya' ini sangatlah terhad..

Bertimpa-timpa idea datang untuk diterjemahkan ke dalam blog ni,
tapi disebabkn tertangguh.. kebanyakannya telah lesap dari ingatan..


Suatu hari, semasa aku dan sahabatku, kembali dari menghadiri tuisyen Physiology,
mata aku tertarik untuk melihat sebatang ( tak pasti pnjodoh bilangan dy ap ) pokok mawar di salah sebuah rumah pak-pak arb di sini.

Pokok itu sangat tinggi, lain dari kebiasaan pokok mawar yang selalunye renek2 sahaja..
dan hanya sekuntum bunga mawar merah sahaja yang mekar kembang di pucuk yang tertinggi sekali..

Lalu, aku berkata pada sahabatku dalam nada bergurau,

" Kak, cube tengok pokok itu, Bila kita tengok dia, Kita terbayang diri kita sendiri, Tengoklah..tak de seekor pon kumbang sekeliling dia..macam tak best je hidup dia kak.."

Sahabatku membalas,

" Ya Allah.. Nab, kalau akak lah kan, akak nak jadi macam Nab, tahu tak betapa peritnya kalau kita dah ada orang yang kita suka? Susah tau nak menahan rasa tu, nak ikut apa yang Allah suruh..so, tolonglah bersyukur, sebab Allah masih selamatkan Nab daripada terjebak dalam soal hati ni.."

Hmm..ak tersenyum lalu terdiam..
Sepanjang jalan aku berfikir..

"Kenapa aku boleh fikir macam tu?"
" Mungkinkah sebab di Mesir ini, perihal kahwin sering diperkatakan?"
"Mungkinkah juga kerna ak dikelilingi orang2 yang dah berpunya?"
"Betul jugak, aku tak rasa pon hidup ak sunyi tanpa kehadiran seorang lelaki.."
"Cukuplah Allah sebagai peneman," " Dia lah tempat aku mengadu domba, Dialah jugak tempat aku memohon pertolongan"
"Dia lah tempat aku bersyukur, bercerita semua perkara best yang berlaku setiap hari.."
" Soal jodoh biarlah Allah yang tentukan, memang kita perlu berusaha tapi bahagian mencari tu, aku rasa bukan tanggungjawab aku.."

Sepanjang jalan, aku tersenyum memikirkan hal ini,,
Alhamdulillah ala kulli hal..
terima kasih ya Allah..kau teruskanlah lindunganMu terhadapku daripada sebarang maksiat yang kau murkai..

Seperti yang pernah aku beritahu kepada kawanku,

" Aku tak nak jumpa awal2, kalau dah jumpa nanti kena kahwin,
kan hubungan sebelum kahwin tak boleh lama2..
aku nak habis belajar dulu, kerja dulu, bawak family aku jalan2,
barulah aku kahwin,,inshaAllah.."

Lagipun, hubunganku dengan seorang insan yang bernama lelaki..
memang..heh
mungkin ad yang cakap aku kolot atau sombong..
yang penting aku masih (pada pandangan seorang manusia yang lemah)
menjaga batas2 dalam pergaulan yang ditetapkan oleh syara'..
inshaAllah..

Lagipon, aku percaya bahawa:..

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Jadi, untuk dapatkan yang trebaik, jadilah yang terbaik!!

p/s : Ibu jangan risaulah, inshaAllah.. Along masih fokus dalam studi ni..

No comments:

Post a Comment