Saturday, July 14, 2012

Trip ke Hurghada

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah ala kulli hal, kitorang (dengan kawan2) baru sahaja pulang dari trip percutian yang memang seronok sangat2 di Hurghada, Mesir.

Sepanjang perjalanan, hati ni sentiasa mengingatkan agar tajdid niat, niat untuk menikmati dan menghayati pelbagai ciptaan Allah yang memang benar, sangat membuktikan kewujudan dan keagunganNya.

Daripada daratan, lautan, dan langit.. semuanya subhanAllah, tak cukup kata untuk menggambarkan keindahannya.

Laut Merah yang semua orang tahu sejarahnya, ternyata mempunyai keindahan yang tersendiri. Tona2 warna biru kehijauan yang berselang seli memang menarik mata sesiapa yang memandangnya. Rasa sayang nak mengalihkan pandangan walaupun sebentar. Bukan senang nak dapat bercuti macam ni. Berjam2 duduk bersendirian melihat keindahan laut di Hurghada ini, otak ligat berfikir macam mana sesetengah orang boleh menafikan keesaan Allah walaupun scenery sebegini terbentang di depan mata. Allah, dah mula rasa rindu dah ni, patutlah Allah menggalakkan hambanya mengembara, ini rupanya nikmat yang bakal dirasa. Disebabkan tidak pandai berenang, maka bila ber'snorkelling' memang bermasalah, jadi ber'glass boat' la jawabnya. Rasa sebak sangat. SubhanAllah, cantik sangat. Batu-batu karang yang menjadi tempat tinggal hidupan2 laut di bawah sana memang menakjubkan. Macam ada satu lagi dunia di dasar lautan, ikan2 yang pelbagai dan bergerak dalam kumpulan, lenggok-lenggok badan diorang ketika berenang, semuanya indah. Indah.Indah!!

Kemudian, kami bersafari di padang pasir. Ni satu lagi. Bikin orang rasa rindu je. Haihh..nak pergi lagi!! Walaupun panas, matahari tegak atas kepala memancarkan sinarannya, rasa panas lagi dalam badan sebab terlebih excited nak explore ways of life orang2 arab yang duduk di padang pasir ni. Perkampungan mereka memang jauh dari kehidupan di bandar. Memang kalau orang bandar datang, memang bukan choice diorang la untuk tinggal tempat macam ni. Yang menariknya, mereka suka duduk di sini, tinggal bersama family, hidup bersederhana, takda gangguan, hidup hanya untuk menghambakan diri pada Allah. Kalau betullah itu tujuan kita hidup, inshaAllah, kita tidak akan mengejar duniawi seperti mana masyarakat yang wujud sekarang. Hampir enam jam menghabiskan masa di padang pasir, mungkin cukup untuk menyelami perasaan orang2 arab di sini. Memang aman. Walaupun scenery yang ada cuma bukit bakau yang coklat, berbatu-batu dan padang2 pasir yang terbentang luas, semuanya ada hikmahnya, ada kelebihannya. Semua orang memanjat bukit untuk menunggu saat sunset di padang pesir. First time. Jatuh cinta, Jatuh cinta dengan keindahan fenomena ini. Tiba2 pandangan kabur diselaputi air mata kegembiraan dapat melihat keagungan Allah ini. Allah, Allahu Azim. Taknak turun bukit rasanya. Seboleh2nya setiap saat nak teliti satu persatu bukit2 yang ada di situ, entah bile lagilah kite boleh ketemu.

Dalam perjalanan pulang, ammu bas berhenti rehat di suatu tempat (tak tahu namanya), ikhwah pergi minum2 di kedai, kitorang yang akhawat jalan2  di luar, Angin kuat. Sejuk. Bile dongak memandang langit, Allah..Allah.. indah sungguh. Banyak sangat bintang. Takjub sungguh dengan kehebatan Allah. Hanya berbekalkan langit yang hitam, dan bintang yang berkerlipan sudah cukup untuk buat hati tertawan. Kat Cairo, tak pernah nampak bintang banyak macam ni. Memang cantik. Seriously. Sampai sakit leher mendongak, kalau ikutkan hati, nak baring je kat situ. SubhanAllah..

Hmm..lusa pulak nak berjaulah ke Bahnasa, moga banyak lagi manfaat yang diperoleh, inshaAllah..

~~ dunia dah sampai akhir zaman, kitorang yang mandi berlitup ni kelihatan asing berbanding mat n minah salleh yang seksi meksi tuh. Haish..

                                       

                                       
               





2 comments: