Monday, July 2, 2012

Ahlan wasahlan holidaysss!!

Waaa...Alhamdulillah!!
Helaan nafas lega terhembus juga akhirnya..
1 Julai, tarikh keramat yang dinanti oleh semua ahli keluarga Azhar Faculty Medicine for Girl..

Tapi, "ini baru permulaan", hati mengingatkan.
Usaha masih perlu diteruskan, doa, solat hajat, tawakkal alallah..
Ucap sayonara pada tahun dua, ahlan wasahlan tahun tiga. InshaAllah..

Tapi, kata kata yang bersemangat bak api yang membara tu sementara sahaja.. Tidak sampai 10 minit melangkah keluar dari pagar Al-Azhar, mulut ligat berbicara,

" Hmm..nak tengok cerita apa ye? hmm..King 2 Hearts dah habis, Love Rain kejap lagi nak habis, haish..dah takde cerita dah nak tengok..bosanlah nanti, takde cerita dah.. :( "

Hati tergelak kecil apabila teringat dua moment ni, cepat je manusia ni berubah hati kan?
Iman senang sangat naik, senang jugak turun..so jadi tugas kita untuk pastikan ia constant dan menaik tapi bukan menurun..
Tak salah nak tengok movie, yelah sebulan setengah dok berperang dengan buku tuh, sekali sekala apa salahnya..

Tapi..

Tapi..

Janganlah syok sangat sampai dengar azan pon tak gerak, solat jadi lambat..
Janganlah fokus sangat, sampai tengah malam tak tidor, terlepas tahajud, terlajak subuh..
Janganlah taksub sangat, sampai sebelum, semasa, selepas sembahyang, teringat je kat hero heroin cerita tu.. (boleh jadi ni, lagi2 kalau cerita korea tu)

Semua benda mesti berada dalam kesederhanaan, sebab nabi kan suka bersederhana.
Moga musim pasca-imtihan ni tidak menjadi tempoh yang menjauhkan kita dariNya,
bahkan menjadi tempoh untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri denganNya

~ InshaAllah, cuba untuk menyibukkan diri dengan blog ni, lagi lagi bile tak balik Malaysia ni..

No comments:

Post a Comment