Monday, July 2, 2012

Surat untuk Abang

Bismillahirrahmanirrahim.

"Serious ke?", " Tak rindu ke?", exophthalmus mata semua orang bila dapat tahu aku, Ifa, dan Dayah tidak balik ke tanahair terchenta tahun ini.

"Hehe, rindu memey le rindu, tapi nak rase duduk oversea gitu.."( sambil sengih shy shy cat.)

Cakap pasal family, rasa nak tulis surat untuk Birthday Boy untuk hari ini.

Kehadapan Abang,(cewwahh)

             Along di sini sihat - sihat sahaja. Abang sihat? Harapnya tidaklah keding seperti sediakala.heh. Ketika jari jemari ini melompat di atas keyboard komputer riba ini, Along baru sahaja habis menghadapi musim imtihan di universiti. Harapnya Abang pun sedang berhempas pulas dalam  menuntut ilmu.

             Kalendar menunjukkan tarikh 3 Julai, yang membuatkan Along terhingin sangat menulis surat layang ini. 13 tahun. 13 tahun kita sama-sama bergelar adik beradik, Along mintak maaf atas semua kesalahan yang Along pernah buat. Marah, gaduh, herdik. Along tidak nafikan mungkin Along, Angah, Alang yang buat Abang jadi tension duduk kat rumah. Along mintak maaf sangat-sangat.Seriously.

             Tapi, Along tahu Abang ada bunga dalam hati tu. Along tahu Abang sayang kat kitorang. Along jugak tahu walaupun Abang dah cari gaduh dengan Akak dan Amir, Abang masih kisah pasal diorang. Memang semua lelaki macam tu ke? Dan Along sedar family kita bukan jenis yang pandai mengekspresskan our own feeling. Sayang kita tunjuk dengan marah, ambil beratnya kita tunjuk dengan geram. Hmm.. Along akui dari segi itu, kita memang salah.Kita kena memang kena belajar ways of communication among our family member.

            Abang, macam tulah jugak dengan Ayah. Abang mesti perasan kan Ayah tegas sikit dengan Abang. You know why? Abang tulah anak lelaki pertama dia. So, dia nak yang terbaik untuk Abang. Along tahu, Abang pun tahu dia sayang kita semua. Abang jangan la marah-marah. Abang dah tak keluar main bola sampai maghrib kan? Kitorang tak halang Abang nak main bola, tu lumrah alam, cuma janganlah sampai Maghrib,jangan ikut perangai kawan kawan yang tak baik tu.

          Abang, dah besar nanti, jaga ayah, ibu, akak-akak, adik-adik tau. Along, Angah, Alang sentiasa ada kat belakang, kitorang support abang. Ibu selalu pesan kat Along," Jangan gaduh dengan Abang, buat baik dengan dia, tunjuk contoh yang baik kat dia, lagi pon dia kan wali korang nanti" Along pegang pesan ibu tu baik-baik. Sekarang ni, tanggungjawab Abang belajar je, duniawi ukhrawi. Bak kata Angah, jadi imam kitorang. Along nantikan saat tu. Saat Abang laungkan Allahu Akbar dalam solat jemaah kita nanti. Along tunggu ye.


          Along bangga dengar abang jadi budak bagus kat sekolah.Teruskan ye! Ibu Ayah mesti bangga dengan Abang. Along, Angah, Alang memang takda abang, tapi kitorang cukup ada Abang. Kitorang tahu, yakin Abang boleh protect kitorang, Boleh kan? Kalau Abang nampak kitorang ni melampau, tegur-tegur lah.. InshaAllah, kitorang terima dengan hati yang terbuka. Kalau kitorang pakai tak tutup aurat ke, ade pakwe ke, terrjerit2 ke, buat benda benda yang tak kena dek syarak..Abang tegur ye..


            Abang, akhir kata, kitorang semua sayang Abang. Kitorang mengharapkan yang terbaik dari Abang. Along ucapkan Selamat Hari Jadi !! Selamat Hari Jadi!! Selamat Hari Jadi!! Takda hadiah yang dapat Along bagi cuma titipan doa setiap kali selepas solat moga abang jadi anak yang baik. Setakat itu, sahajalah warkah buat kali ni, Andai kata panjang umur, inshaAllah kita jumpa tahun depan, Tak sabaarnya nak balik. Mesti Abang dah tinggi nanti kan.


Assalamualaikum.


~~semua yang Along tulis ni, memang Along tak boleh nak cakap face to face dengan Abang, tapi inilah keluar sincere dari hati Along.



1 comment: