Saturday, August 13, 2011

TIPU !!!

Zai : Adik, dah sembahyang Asar belum?
Mai : Dah...
Zai : Jangan nk tipu ek, blum sembahyang kan? cepatlah...nk habis waktu dah..
Mai : ...................
Zai : Cepatlah...kenape malas sangat ni?
Mai : Orang dah sembahyang lah!!
Zai : Ya Allah, akak x nampak pon..dri tadi adik tengok tv je...
Mai : Hish...yelah!!
Zai : Lain kali jangan nak menipu ye...Akak lagi terer menipu dari Adik!!

Sebaik sahaja habis mengungkapkan kata2 tu, hati Zai tersentap...

Ya Allah, aku ke yang ajar dy menipu?

memori2 lepas bermain di fikirannya...
Sememangnya dy tidak menafikan yang dy memang suka menipu tetapi hanya untuk bergurau..dy menganggap perkara itu adalah perkara biasa dan dy tidak akan meneruskan penipuan tu lebih daripada 5 minit... Ayat2 untuk me'reveal'kan penipuannya~~" haha..ak main2 jelah..", "ko percaye ke? serious? ak tipu jelah wei..haha..sori2,," Dia suka menyakat kawan2nya dan adik2nya dengan menipu tentang sesuatu.. Sikap ni seakan2 menjadi habit dirinya.. Kawan-kawannye pula tidak pernah menunjukkan respons yang terlalu negatif walaupun kadang2 ad yang bengang..tpi still akan berakhir dengan gelak tawa..

Hinggalah satu ketika, dalam kelas pend.quran dan sunnah...
Ustaz :
Ada tiga adab dalam bergurau,
# tidak berlebih-lebihan ~ buat orang ketawa sampai nak pecah perut, b'guling2.. tak boleh tu, banyak ketawa mematikan hati..
#tidak menyakitkan hati ~ bergurau akan bende2 sensitif, yg boleh buat org bengang, kan buat tambah musuh je nanti...
# tidak menipu ~ mesti jujur, tak mereka2 cerita, walaupun untuk b'gurau, rasulullah x ajar kite menipu..ingat tu...
Zai : ...........................


Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.
Riwayat at-Tirmizi.

Sabda Rasulullah s.a.w,
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.
Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah


Sejak hari itu, dy cuba untuk 'stop'kn tabiat buruk dy ni.. tapi, klu dh berjumpa ngn geng2 seangkatan, hmm...mulalh..berjangkit kmbali...huh, iman x kuat btul...

Suara adiknya mematikan lamunannya.
Zai : Hah, dh sembahyang dah?
Mai : Hmm...dah...

Ni x boleh jadi ni, ak mesti mula balik 'program stop menipu'..senang je..inshaAllah..
Ak x bleh biarkan adik2 ak ikut bende negatif ni..pliz be a good example for your siblings, Zai!!
Okeyh, sekarang ke kena tahan je mulut ni dari deliver idea2 penipuan yang sentiasa menerpa dalam akal fikiran ni,,,
you can do it!!







No comments:

Post a Comment